Selamat Datang


Selamat datang ke blog coklet.ct.


Saya membuat coklat secara sambilan dan bersedia menerima tempahan. Luangkanlah masa melayari blog ini untuk maklumat lanjut.

Terima kasih




Sunday, December 5, 2010

Coklat "Crispy"

Coklat "Crispy" ini, saya buat dengan menggunakan coklat susu berinti campuran bertih beras, biskut kapit yang dihancurkan dan badam hancur...rasanya yang rangup bila dikunyah menjadikan ia kegemaran seisi keluarga...saya buatkannya dalam acuan coklat oreo...nyam2!!

Saja2 letak dalam bekas 6. Sesiapa nak tempah, dipersilakan...

Coklat Crispy juga saya cuba2 letak dalam bekas coklat oreo dan boleh dijadikan sebagai hadiah/buah tangan/"door gift"...
 

Lolipop

Percubaan pertama membuat lolipop menggunakan coklat susu berinti biskut kapit, badam bancur dan bertih beras.  Anak-anak menggelarkan campuran inti kegemaran ini "CRISPY"...Agak kekok menghias lolipop bercorak 'smiley face' dan corak flora & fauna...Aktiviti coklat lolipop ini dibantu oleh anak sulong...terima kasih!

 
Lolipop 'Smiley Face'

Lolipop Flora & Fauna

Hantaran Hitam Putih

Coklat susu berinti badam biji (btk daun), badam hancur (btk ros) dan biskut kapit, bertih beras dan badam hancur (btk hati) dibuat untuk Hantaran Hitam Putih....Terima kasih Cik 'A' di atas tempahan untuk pertunangan kawannya di Kelantan.

 



Friday, December 3, 2010

Daun & Bunga

Coklat susu berinti badam hancur berbentuk daun dan bunga berhias warna ungu istimewa untuk Puan 'A'...2 bekas saiz L dan 1 bekas saiz M...terima kasih Puan 'A'