Selamat Datang


Selamat datang ke blog coklet.ct.


Saya membuat coklat secara sambilan dan bersedia menerima tempahan. Luangkanlah masa melayari blog ini untuk maklumat lanjut.

Terima kasih




Sunday, December 5, 2010

Coklat "Crispy"

Coklat "Crispy" ini, saya buat dengan menggunakan coklat susu berinti campuran bertih beras, biskut kapit yang dihancurkan dan badam hancur...rasanya yang rangup bila dikunyah menjadikan ia kegemaran seisi keluarga...saya buatkannya dalam acuan coklat oreo...nyam2!!

Saja2 letak dalam bekas 6. Sesiapa nak tempah, dipersilakan...

Coklat Crispy juga saya cuba2 letak dalam bekas coklat oreo dan boleh dijadikan sebagai hadiah/buah tangan/"door gift"...
 

Lolipop

Percubaan pertama membuat lolipop menggunakan coklat susu berinti biskut kapit, badam bancur dan bertih beras.  Anak-anak menggelarkan campuran inti kegemaran ini "CRISPY"...Agak kekok menghias lolipop bercorak 'smiley face' dan corak flora & fauna...Aktiviti coklat lolipop ini dibantu oleh anak sulong...terima kasih!

 
Lolipop 'Smiley Face'

Lolipop Flora & Fauna

Hantaran Hitam Putih

Coklat susu berinti badam biji (btk daun), badam hancur (btk ros) dan biskut kapit, bertih beras dan badam hancur (btk hati) dibuat untuk Hantaran Hitam Putih....Terima kasih Cik 'A' di atas tempahan untuk pertunangan kawannya di Kelantan.

 



Friday, December 3, 2010

Daun & Bunga

Coklat susu berinti badam hancur berbentuk daun dan bunga berhias warna ungu istimewa untuk Puan 'A'...2 bekas saiz L dan 1 bekas saiz M...terima kasih Puan 'A'

Sunday, November 28, 2010

Jualan Konvo

Tempahan daripada Persatuan Pelajar untuk jualan di hari Konvokesyen di UiTM Perak.  Projek pembuatan coklat untuk jualan ini dikongsi bersama seorang rakan.  Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu kami telah menyiapkan coklat dalam 4 jenis pembungkusan iaitu Kotak 4, Kotak 5, Kotak 9 dan Kotak 15.


 
Kotak 4
Campuran pelbagai jenis dan bentuk coklat 


 Kotak 9
Campuran pelbagai jenis dan bentuk coklat


 
Kotak 15
Campuran pelbagai jenis dan bentuk coklat

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

Selamat hari Ulangtahun Perkahwinan kepada Puan 'Y' dan pasangannya pada bulan Ogos lepas...

Hantaran Kotak 35

Pertama kali membuat coklat untuk dijadikan hantaran adik ipar Puan 'A'

 
Kotak 35
Coklat susu berinti badam hancur pelbagai bentuk dan corak

Coklat berinti badam hancur

Tempahan daripada Puan 'A' untuk kawannya, coklat berinti badam hancur...

 
Coklat susu berinti badam hancur dalam bekas plastik saiz M

Hadiah Hari Lahir

Tempahan istimewa daripada En 'A' kepada Cik 'H' sempena hari lahirnya pada 17 Ogos 2010...

 
Kotak 9
Coklat gelap berbentuk hati dan ditulis nama Cik 'H'

Kotak 15

Campuran jenis dan bentuk coklat dalam kotak 15 daripada Adik untuk kawannya

 

Hadiah Kotak 9

Tempahan kotak 9 daripada rakan sejabatan untuk cikgu anaknya sempena Hari Raya Aidilfitri

Kotak 9 - Campuran Bentuk dan Jenis Coklat

Kad Ucapan "Salam Ramadhan"

Kad ucapan coklat "Salam Ramadhan" untuk keluarga di rumah...


 

Kad Ucapan "Selamat Bertunang"

Kad ucapan coklat "Selamat bertunang" daripada adik saya kepada kawan baiknya...

Hadiah Kotak 9

Tempahan kotak 9 - coklat mocha berbentuk hati...


Hadiah Kotak 12

Antara tempahan awal yang diterima daripada rakan sejabatan.....

 Kotak 9
Campuran (Mocha, Badam dan Kurma berinti badam)